Kapal Perang Modern
Frigat kelas La Fayette, FS Surcouf merupakan antara termoden di dunia menampilkan teknologi halimunan
Kapal perang moden boleh dikategorikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu pengangkut pesawat, kruiser (penjajap), pembinasa, frigat, korvet, kapal selam dan kapal serangan amfibia. Kapal tempur pula dianggap kategori kelapan, tetapi ia tidak terdapat di dalam mana perkhidmatan aktif mana-mana tentera laut di dunia ketika ini dan hanya Amerika Syarikat yang mengekalkannya dalam simpanan (kelas Iowa). Dalam era moden definisi kapal perang utama (capital ship) telah mengalami perubahan. Kini kapal pembinasa dan ke atas dianggap kapal utama mana-mana armada dan hanya dimiliki negara-negara yang mampu dan mempunyai komitmen tinggi terhadap angkatan laut dan negara-negara yang berhasrat meluaskan pengaruh dan mengunjurkan kuasa.
Masa kini, perbezaan tugas dan ciri-ciri penting antara kruiser, pembinasa, frigat dan korvet tidak lagi ketara dan kadangkala kabur. Sebuah kelas kapal mungkin dikategorikan sebagai frigat oleh satu pihak manakala satu pihak yang lain menggelarnya pembinasa. Ini disebabkan kepelbagaian fungsi dan kebolehan kapal-kapal perang moden. Pengkelasan kapal melalui sesaran juga tidak lagi berkesan kerana di zaman ini sebuah frigat mungkin mempunyai berat sehingga 5800 tan (kelas Alvaro de Bazán) (seberat sebuah kruiser Perang Dunia Kedua) dan sebuah pembinasa hanya seberat 3600 tan (kelas Audace). Tambahan pula kebanyakan negara mengambil sikap mengelakkan provokasi dengan menarafkan kapal mereka ke taraf lebih rendah, Kruiser sebagai pembinasa, kapal pembinasa mereka sebagai frigat, dan frigat sebagai korvet. Malah kadangkala korvet juga dipanggil OPV.
Walaupun tiada konsensus yang menyeluruh, secara mudah sebuah kruiser dianggap kapal yang mampu menangani ancaman ketiga-tiga dimensi peperangan maritim iaitu, peperangan permukaan, peperangan bawah air dan anti udara. Pembinasa pula dilengkapkan bagi menghadapi dua dari tiga dimensi dengan peranan sekunder untuk dimensi yang ketiga. Frigat ialah kapal yang dikhususkan untuk mengatasi hanya satu dimensi ancaman dengan peranan sekunder yang lain. Korvet pula dianggap frigat yang kecil.
Kapal-kapal perang moden bergantung kepada teknologi peluru berpandu dan radar pengesan. Pertempuran berlaku dalam jarak yang menjangkau beratus-ratus batu nautika tanpa menyaksikan armada lawan. Penggunaan peluru berpandu juga mencepatkan tempo peperangan memaksa reaksi yang cepat dari kedua-dua pihak yang berlawan. Di era moden ini juga penggunaan perisai tidak lagi praktikal untuk menahan serangan peluru berpandu menyebabkan kapal-kapal moden menggunakan pengumpan chaff dan flare.
Kapal pengangkut pesawat
Kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) ialah kapal perang terbesar yang berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Kapal ini dibina untuk melancarkan dan mendaratkan jet-jet pejuang apabila sesebuah negara itu tidak dapat mengoperasikan sebuah pangkalan udara dalam jarak operasi.
USS Nimitz CVN
HMS Invincible CVS
Kapal pengangkut pesawat Thailand, HMTS Chakri Naruebet
Kapal pengangkut pesawat Rusia, Admiral Kuznetsov
Kapal tempur
Kapal tempur (battleship) merupakan sebuah jenis kapal perang yang aktif pada era Perang Dunia Ke-2. Kini tidak lagi dioperasikan atas sebab-sebab tertentu. Kapal perang induk yang besar dan digunakan untuk mencari dan memusnahkan kapal perang lain dalam armada musuh.
USS Iowa BB
Kruiser
Penjajap (cruiser) merupakan sebuah kapal perang yang bersaiz lebih kecil berbanding sebuah kapal perang. Kebanyakkan kapal penjajap yang berada dalam perkhidmatan tentara laut dunia ini digunakan untuk tujuan pertahanan udara sebagaimana dalam armada Tentera Laut Amerika Serikat dan Rusia
Kapal pembinasa
Kapal pembinasa (destroyer) ialah sebuah kapal perang yang lebih kecil saiznya berbanding sebuah Kruiser namun lebih besar berbanding sebuah frigat.
HMS Daring
Korvet
Kapal yang lebih kecil berbanding frigat, selalunya digunakan dalam keadaan situasi ancaman tahap rendah dan sering digunakan sebagi kapal peronda.
KRI 368 Frans Kaisiepo
Korvet Jerman FGS Magdeburg
Frigat
Sebuah kapal perang bersaiz kecil dan merupakan jenis kapal perang kebanyakan tentera laut serata dunia. Mampu menguruskan situasi ancaman taraf rendah dan sederhana dan masih merupakan satu platform yang mahal.
Frigat Singapura RSS Intrepid
KRI Karel Satsuitubun Indonesia
source :
- Wikipedia
- Berbagai sumber
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan komentar pajak ditanggung pemilik blog ^-^